Kuala Lumpur – Pelawak dan pengacara, Shuib Sepahtu membidas kenyataan seorang individu di platform Facebook yang menuduh dirinya sebagai seorang ahli sebuah organisasi yang bermula dengan huruf F.

Shuib ketika dihubungi berkata, dia melihat perkara tersebut sebagai satu tuduhan danfitnah yangmelampau, lebih-lebih melibatkan arwah isterinya, penyanyi Siti Sarah.

Saya rasa tuduhan danfitnah ini sangatmelampau dan extreme kerana melibatkan arwah isteri saya.

“Rasanya tak perlu saya memberi komen yang panjang. Tunggu sahaja kenyataan dari pihak legal saya,” katanya.

Banyak Hari Saya Sabar

Terdahulu, seorang individu menuduh Shuib sebagai salah seorang ahli organisasi yang bermula dengan huruf F, gara-gara gambar Shuib dan Watie yang dikongsikan oleh semua akaun Facebook.

Menurusi gambar tersebut, Watie menutup mata kiri Shuib manakala Watie sendiri menutup mata kanannya.

Individu terbabit juga menulis tuduhan berbaur negatif terhadap Siti Sarah.

Shuib bergelar suami kepada Watie dengan sekali lafaz pada majlis yang berlangsung di Putra Glass House, Putra Heights, Subang Jaya pada 23 Jun lalu.

Shuib sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan arwah Siti Sarah pada tahun 2011.

Hasil perkongsian hidup bersama arwah Siti Sarah, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 12, Dzahira Talita Zahra, 10, Ariq Matin, 7, dan Ayash Affan, 2

Kredit : Astro/IG

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

By admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!