Kuala Lumpur – Dalam satu laporan, Didie Alias telah meluahkan rasa sebak apabila rakan pelawak, Enot telah memilih untuk menjalani hubungan songsang dengan dikatakan berkahwin dengan pengkid.
Malah, Didie juga mengatakan bahawa dia sudah menasihati rakannya itu tetapi nasihatnya tidak dihiraukan. Hal tersebut telah meraih perhatian orang ramai dan Enot telah bersuara mengenai isu terbabit.
Menurut Enot atau nama sebenarnya Aliza Bt Abdullah, dia selama ini berdiam diri kerana tidak mahu membuka aib mana-mana pihak.
Malah, Enot juga mempersoalkan dakwaan orang ramai yang menuduhnya sudah bernikah dengan pengkid tersebut dan tidak akan memaafkan sesiapa sahaja yang mempermainkan nama arwah ibunya.

Dah Kahwin Lelaki Jadian?
“Tok kadi mana pula yang boleh nikahkan aku tu? aku masih tahu hukum agama. Jangan nak hukum aku macam aku orang kafir pula tak tahu apa-apa”,ujar Enot.
Dalam pada itu di hantaran lain, Enot enggan memperbesarkan keadaan kerana dirinya tidak suka jika bergaduh dan akan simpan semua aib individu tersebut elok-elok.
Tambahnya, Enot berkata dirinya menyerahkan semua urusan kepada Allah SWT dan hanya Dia yang tahu isi hati pelawak itu seperti apa.
Terdahulu, mengakui 20 tahun berhadapan situasi kurang menyenangkan membabitkan seorang kawan sendiri, pelakon juga pelawak, Enot berharap orang luar yang tidak tahu hal sebenar tidak menjadi batu api memburukkan lagi keadaan.
Pemilik nama sebenar Aliza Abdullah itu bertegas, lebih selesa mengambil pendekatan berdiam diri disebabkan enggan bermusuh dengan sesiapa walaupun sudah lama memendam rasa.
Aku menangis pun tak guna, orang hanya nilai dari apa yang mereka nampak, tapi yang menanggung segala-galanya adalah aku.

Jadi tak payah tambahkan dosa kalau anda tak tahu cerita sebenar. Aku yang tempuh selama 20 tahun. Malas nak cakap apa-apa, takut terbuka aib orang.
“Bercakaplah selagi kau mampu bercakap, dan aku berdiam selagi aku mampu. Satu aib aku kau buka, Insya-Allah, 10 aib kau akan terbuka. Aku tak mahu gaduh atau bermusuh,” katanya menerusi perkongsian di laman sosial.
Kredit : VKT/FB
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.