Kuala Lumpur – Dirinya pernah berdiri di pentas Gegar Vaganza musim ketiga sebagai salah seorang peserta yang bertanding.
Namun dia kembali ke pentas yang sama, namun bukan sebagai peserta tetapi sebagai pengacara Gegar Vaganza musim kesembilan.
Serentak itu, nama Elly Mazlein menjadi sebutan ramai sewaktu mengacarakan konsert pertama GV9 buat pertama kalinya bergandingan dengan Nabil Ahmad.

Rata-rata penonton terhibur dengan aksi lincah dan spontan Elly yang dilihat benar-benar mampu menggamatkan suasana sehingga tak terkawal oleh Nabil.
Namun, di sebalik kekecohan yang berlaku selama bersiaran langsung, ramai yang tidak tahu bahawa di dada Elly penuh dengan debaran sebelum naik ke pentas.
Alhamdulillah syukur. Yang paling saya risau adalah penerimaan orang. Tapi walau bagaimana pun, apabila saya diberikan satu tanggungjawab, saya akan cuba lakukan yang terbaik kerana ini adalah periuk nasi saya.
Memang tugasan ini sangat berat untuk saya kerana ramai yang sudah tahu momentum GV1 sehingga GV8. Sebelum in, orang dah tahu DNA GV adalah Nabil dan Jihan. Semua orang memang tertunggu-tunggu untuk menonton GV.
Jawapan Kak Lina Jika Diberi Tawaran Pengacara GV 10
Sebelum konsert minggu pertama ini bersiaran, saya sangat-sangat berdebar sampai rasa macam nak pitam.
“Rasa serba tak kena. Waktu bersolek saya tiba-tiba terdiam. Tetapi nasib baik Nabil banyak membantu saya,” katanya.
Katanya lagi, sebagai seorang bekas peserta GV, dia sangat memahami perasaan setiap peserta yang bertanding disebabkan itu dia menemani Hazrul Nizam ketika segmen Ada Lagu Ada Lagi.
Saya memang nak teman Abang Hazrul sebab saya sendiri pernah rasa apa yang dirasainyai tu. Debaran dia lain macam.
“Walaupun minggu pertama orang kata minggu baru nak panaskan badan, tetapi sebagai seorang bekas peserta GV, saya tahu macam mana perasaan berdiri di situ,” katanya yang mendapat tawaran mengacarakan GV sejak Februari lalu.

Sebelum bermula GV9, ramai netizen yang bertanya sama ada Elly sudah berbaik dengan Datuk Ramli MS, kerana dia dikatakan pernah berkecil hati dengan ketua juri itu sewaktu GV3 yang lalu.
Kata Elly dia cuba bersikap profesional dan cuba melupakan perkara yang lalu.
“Takkanlah kita nak bermasam muka sampai bila-bila. Semua masalah ada jalan penyelesaian. Lagipun isu kami dahulu bukanlah isu yang besar. Kami pun dah bermaafan dan hubungan kami kini baik, dah boleh bergurau,” ujarnya.
ArticleByOM
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.