Kuala Lumpur – “Alhamdulillah, rumah tangga saya dan suami bahagia sepanjang tempoh 10 tahun ini. InsyaAllah, semoga sampai ke syurga,” kata pelakon, Rozita Che Wan.
Rozita atau lebih mesra disapa Che Ta, 50, berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan di Facebook mengatakan rumah tangganya dengan pelakon, Zain Saidin sedang bergolak ketika ini.
Terdahulu, tiada angin tiada ribut tiba-tiba rumah tangga pelakon Rozita Che Wan dan Zain Saidin didakwa sedang bergolak.
Kesal dengan tuduhan itu Rozita atau lebih mesra dengan sapaan Che Ta, 52, meminta peminat membantunya melaporkan sebuah akaun Facebook yang melemparkan dakwaan berkenaan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia.

Menurut Che Ta, dia dan Zain terkejut bila dapat tahu mengenai cerita tidak berasas itu.
Mestilah saya terkejut bila dapat tahu cerita tidak betul mengenai rumah tangga kami itu.
Maklumlah, saya tiada Facebook dan cerita itu dimaklumkan kepada saya oleh pengacara Iesya Toh, katanya.
Ketika ditanya mengenai tindakan kepada pemilik akaun Facebook itu pula, Che Ta berharap ia segera dipadam kerana menyebarkan cerita berbaur fitnah membabitkan golongan selebriti.
Sebelum ini, Che Ta ada berkongsi hantaran mengenai akaun Facebook yang menyebarkan fitnah mengenai rumah tangganya dengan tajuk, ‘Dia naik tangan, dia tak berubah genap 10 tahun berkahwin, Che Ta beri bayangan rumah tangga’.

Sementara itu, pada ruangan komen, pengikut dan rakan artis juga berharap pelakon itu mengambil tindakan pada pemilik akaun Facebook terbabit.
Che Ta berkahwin dengan Zain pada Disember 2013. Mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Aaisyah Dhia Rana, 9.
Kredit : HM/IG
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.