Kuala Lumpur – Penyanyi Sufian Suhaimi tidak terasa hati apabila ada segelintir netizen mempersoal mengapa teman wanitanya tidak bertudung, sedangkan dia menjual produk bantal zikir.

Sufian yang baru melancarkan single berjudul Menggenggam Bahagia, berharap soal perniagaan dan kisah peribadinya, tidak perlu dicampur-adukkan.

Akui Sufian, selama ini, dia tidak pernah menetapkan kriteria pasangan, sebaliknya, percaya jodoh dan pertemuan sebagai ketentuan takdir.

Saya ambil maklum pandangan netizen dan buat refleksi diri atas setiap komen diberi. Saya mengharapkan yang terbaik dan jika teguran itu boleh membawa asbab kebaikan, saya terima dengan berlapang dada.

Kritik Jual Bantal Zikir Kekasih Tak Bertudung

Saya tiada kriteria pasangan dimahukan kerana jodoh itu rahsia Tuhan. Kita tidak tahu pengakhiran seseorang itu, cuma, saya berharap, perkara itu tidak dicampur aduk dengan perniagaan.

Niat saya menjalankan perniagaan bantal zikir untuk berkongsi kebaikan melalui zikir, selawat dan ayat suci al-Quran.

“Saya harap kebaikan itu kembali kepada saya,” katanya ditemui pada majlis pelancaran single baharunya, Menggenggam Bahagia di ibu negara, baru-baru ini.

Ditanya penerimaan kekasihnya terhadap tohmahan netizen, Sufian berkata, teman wanita itu matang berdepan kontroversi.

Dia sangat matang berdepan ujian itu. Selagi mana perkara itu tidak hina mahu pun keji, kami terima dengan hati terbuka.

“Dia orang yang baik, begitu juga keluarganya. Jadi, kami terima sahaja apa yang betul,” katanya.

Difahamkan, Sufian menjalin hubungan dengan seorang gadis yang dikatakan masih menuntut di menara gading. Bagaimanapun, Sufian enggan berkongsi latar belakang gadis berkenaan.

Mengulas mengenai single Menggenggam Bahagia, Sufian menjelaskan bingkisan itu tiada kaitan dengan dirinya yang sedang mengecap fasa bahagia.

Sufian berkata, lagu itu berkaitan kehidupan seorang daripada komposernya yang berdepan ujian pada fasa pandemik.

Ada yang kata lagu Menggenggam Bahagia adalah mengenai diri saya. Kononnya, saya bakal tamatkan zaman bujang dan sebagainya.

Sebenarnya, tidak. Single itu lebih kepada kisah kegetiran hidup salah seorang komposer lagu ini yang berdepan masalah kewangan ketika pandemik.

Kredit Xtra

Bayangkan, dia ada anak dan isteri, tetapi mereka tiada wang untuk membeli susu, beras dan hanya ada sepeket mi segera.

“Ujian yang dihadapi itu memberi ilham kepada komposer itu menghasilkan lagu berkenaan supaya isterinya terus bertahan dan sama-sama menggenggam bahagia meskipun berdepan tempoh sukar,” katanya.

Single Menggenggam Bahagia dihasilkan bersama komposer Sirkhan, Sang Hitam dan Ibnu Rinkarnaen.

Kredit : BH/IG

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

By admin

error: Content is protected !!