LONDON: Khabib Nurmagomedov mendedahkan dia ditawarkan wang yang besar untuk bertarung dengan Floyd Mayweather di Arab Saudi.

Menurut Yahoo Sports, bintang UFC itu akan menerima bayaran $100 juta dolar (RM424 juta) jika dia mahu bertarung dengan petinju Amerika Syarikat yang sudah bersara itu.

Sebarang kemungkinan pertarungan akan membabitkan tinju berbanding seni bela diri campuran, sama seperti ketika Mayweather menewaskan seteru utama Khabib, Conor McGregor pada 26 Ogos 2017.

Khabib yang dilaporkan dibayar $2 juta dolar (RM8.48 juta) untuk menyaksikan Anthony Joshua menewaskan Andy Ruiz pada perlawanan semula di Arab Saudi pada Disember, turut memikirkan untuk pertarungan campuran dengan dia mengesahkan pertarungan itu hanya untuk mendapatkan wang.

“Pertarungan dengan Mayweather hanyalah untuk wang,” kata Khabib di Dominance MMA dekat Park MGM.

“Ia hanya untuk wang. Itu saja.

“Tapi mereka (Arab Saudi) mahukan sangat saya bertarung dengan Mayweather.”

Awal bulan ini Khabib mencadangkan pertarungan dengan petinju berusia 43 tahun itu dalam 11 pusingan tinju dan satu pusingan berdasarkan undang-undang MMA.

Bagaimanapun Mayweather berkata dia hanya mahu keluar daripada persaraan jika dibayar $600 juta dolar (RM2.5 bilion). – AGENSI

BeritaHarian

By admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!