Kuala Lumpur – Usahawan kontroversi, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau dikenali Nur Sajat mendakwa dirinya tidak akan balik ke Malaysia lagi.

Melalui satu klip video hari ini, Sajat berkata dia tidak akan balik ke Malaysia kerana sudah selesa berada di Australia sejak beberapa tahun ini.

Katanya, ibunya sendiri juga menyuruh dia berada di sana dan mencari kebahgiaan sendiri tanpa mempedulikan percakapan orang ramai.

Tak Nak Balik

Aku dah tak nak balik ke Malaysia lagi, sini pun semua ada. Makanan kita pun ada. Balik nanti banyak sangat sekatannya, nak pergi situ tak boleh dan nak pergi sini tak boleh.

“Nanti berlaku malapetaka apa-apa dituduhnya aku. Aku dah selesa dekat sini, aku dah tak nak balik,” katanya.

Tambahnya lagi, dia tidak mahu untuk berlakon menjadi jantan dan tidak mahu berpura-pura hanya semata-semata untuk berada di Malaysia.

Kalau boleh semua keluarga aku nak angkut datang sini, aku memang selasa duduk di Australia.

“Aku tak nak berpura-pura, aku nak jadi diri sendiri sahaja. Duduk di sini bebas, kalau di sana mesti ada sekatan nak ke kelab semua tak boleh,” ujarnya.

Kredit : Kosmo/FB

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

By admin

error: Content is protected !!