Kuala Lumpur – Pelakon Abby Abadi akan tampil membuat penjelasan berhubung satu isi yang tengah tular ketika ini dipercayai ada kaitan dengan anak perempuannya iaitu Marissa Dania Hakim.

Abby atau Arbaiyah Abdul Manan berkata, buat masa ini dia membiarkan netizen mengulas mengenai isu yang sedang tular itu sebelum dia tampil membuat penjelasan.

Tentang isu yang viral ini, tidak mengapa sila komen-komen dulu. Cari pahala ya, nanti saya jawab.

“Memang sedap bersangka-sangka, menambah cerita dan menunding jari pada orang ini,” katanya.

Abby membuat penjelasan itu menerusi Instastory miliknya sambil memuat naik foto bersama anak perempuannya itu.

Reaksi Abby

Ia selepas tular satu posting daripada seorang wanita anak dua yang mendakwa rumah tangganya musnah akibat orang ketiga.

Wanita itu mendakwa dia sudah memberi peluang sebanyak tiga kali kepada suaminya dan gadis itu mengakhiri hubungan mereka namun ia tidak diendahkan.

Wanita itu turut meluahkan rasa kesal disebabkan tindakan itu dua anaknya hilang kasih sayang daripada bapa mereka.

Usaha menghubungi Abby dan bapa kepada Marissa iaitu aktor Norman Hakim bagi mengulas lanjut isu itu bagaimanapun tidak berjaya apabila panggilan telefon dan mesej yang dihantar tidak dibalas.

Kredit : Mstar/IG

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

By admin

error: Content is protected !!