Kuala Lumpur – Sheila Sharon Steven Kumar atau lebih popular dengan nama Inspektor Sheila mengakui mendapat lampu hijau daripada bapanya, S Steven Kumar untuk berkahwin dengan jejaka Melayu atau pasangan berlainan bangsa dan agama.
Lantaran itu, Sheila, 35, terbuka untuk menerima lamaran daripada mana-mana lelaki dengan syarat individu berkenaan menepati kriteria ditetapkannya.
Menurutnya, apa yang lebih penting, lelaki berkenaan boleh membahagiakannya dan sanggup menerima dirinya.
Bapa tidak mengongkong saya. Dia kata jika nak kahwin dengan orang Melayu, nak masuk agama Islam dipersilakan. Ini berkenaan soal hati, tak kisah hitam atau putih. Saya okay, saya terbuka kerana saya rakyat Malaysia.

“Cuma, saya belum menemui lelaki yang memenuhi kriteria sebagai suami,” katanya ketika ditemu bual secara eksklusif di Studio News Straits Times Press Bhd, di sini, kelmarin.
Sheila berkata, dia nekad mencari pasangan hidup secara terbuka apabila memuat naik iklan cari jodoh di Facebook, baru-baru ini kerana banyak pertanyaan daripada orang sekeliling susulan pendedahan statusnya yang masih bujang.
Menurutnya, dia juga tidak menyangka percubaannya mendapat perhatian sehingga menerima banyak komen dan kiriman mesej di platform berkenaan.
“Saya tak kisah rupa paras, tak terpikat tengok muka kacak, tapi lagi suka lelaki muda. Satu bonus buat mereka lelaki jika boleh buat saya yang begini tegas jadi manja,” katanya.
Jumpa Iqbal Depan-Depan
Memiliki ciri-ciri khas lelaki idaman, Sheila juga tidak ada masalah untuk menjadikan Iqbal sebagai teman baiknya.
Bila berjumpa hari ini persepsi saya terhadap Iqbal berubah. Dia kacak, ramah. Badannya pun tidaklah terlalu besar.
Banyak lagi yang boleh saya explore tentang Iqbal. Secara peribadi dia seorang yang baik dan kami boleh berkawan.
“Setakat ini saya belum jumpa lelaki yang betul-betul menepati citarasa. Iya, saya memang seorang yang memilih,” jelasnya.
Terdahulu, dia membaca kesemua mesej diterima, namun belum membalas atau menerima pelawaan untuk temu janji daripada lelaki yang ingin berkenalan.
Selepas tular cerita mengenai status saya masih bujang, keluarga ada tanya kenapa beritahu dan ramai juga bertanya mengenainya.

Disebabkan pening dengan pertanyaan itu, saya nekad muat naik satu hantaran bagi mencari pasangan dan perkongsian berkenaan meraih 1,000 tanda suka.
“Memang ramai lelaki nak berkenalan bukan setakat Melayu, Cina dan India tetapi juga Punjabi,” katanya.
Menurut Sheila, kriteria lain ditetapkannya adalah lelaki berkenaan mesti bujang, tidak mengongkong, aktif bersukan dan paling utama menghormati wanita.
Kredit : BH/IG
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.