Kuala Lumpur – Pelakon Datuk Fizz Fairuz tampil memberi respons selepas pendakwah bebas, PU Syed menegur filem arahannya yang berjudul Mat Tudung Begins.

Isu itu timbul apabila watak yang ditonjolkan dalam filem itu adalah seorang lelaki namun berpakaian seperti wanita.

Tidak cepat melatah, Fizz memuat naik keratan sebuah artikel yang memaparkan pendakwah itu memberi teguran kepadanya dan membalas kenyataan tersebut.

Menerusi perkongsiannya di Instagram Stories, Fizz menzahirkan terima kasih atas teguran tersebut namun menyangkal kenyataan pendakwah itu.

“Terima kasih Syed tapi kenyataan itu salah. Saya bukan hari-hari jadi wanita,” katanya.

Malah, Fizz juga memohon untuk tidak menjatuhkan hukum sebelum tahu cerita sebenar.

“Itu kan cerita. Jangan haramkan dulu sebelum tahu cerita sebenar. Okay,” tulisnya lagi.

Reaksi PU Syed

Ambe hanya menegur apa yang syarak minta untuk menegur. Semoga Datuk Fizz boleh berkarya dengan filem yang lebih mendidik masyarakat utk sayang kepada agama, bangsa dan tanah air.

Kredit : TV3/IG

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

By admin

error: Content is protected !!