Kuala Lumpur – Pempengaruh media sosial yang dikenali sebagai Abang Tesla pernah mengeluarkan kenyataan enggan mengambil anak angkat kerana tak sama seperti cahaya mata sendiri.

Terbaru, pelawak Achey meluahkan rasa terkilan dengan kata-kata yang dikeluarkan oleh Abang Tesla ketika hadir ke podcast yang dikendalikan oleh selebriti media sosial, Caprice yang turut disertai isteri pertama, Nurmajdina Jamari.

Kata Achey, tambah cawangan lagi bukan jalan penyelesaian untuk isu anak dengan isteri pertama.

Dia cakap anak angkat tak sama. Habis dia dengan isteri pertama? Itu bukan waris mereka berdua. Itu waris dia dengan isteri kedua.

Sekarang kita nak waris dari isteri pertama tanpa kedua.

Cerita pasal waris, boleh saja mahramkan. Carilah kakak, adik beradik atau saudara mara yang boleh mahramkan dia. Jangan putar belitkan kenyataan.

Reaksi Achey

Sebelum ini, Abang Tesla tiba-tiba menafikan dakwaan yang mengatakan faktor dia bernikah sekali lagi adalah disebabkan isteri pertamanya tidak mampu memberikan cahaya mata.

Bagaimanapun, dia enggan memperincikan punca utama kerana itu cerita dalam kain dan akan membuka aib.

Sementara itu, pemilik nama Mohd Nasir Hamzah turut menyelar pendapat pencipta kandungan, Apex Sayur yang menyatakan rawatan kesuburan in-vitro IVF sekadar pembaziran.

Tegas Achey, itu adalah satu usaha yang dilakukan oleh pasangan suami isteri yang menginginkan pewaris daripada darah daging sendiri.

Daripada saya membazir duit buat ivf, lebih baik saya kahwin lagi satu. Saya terus astaghfirullahhalazim. Itu adalah usaha. Faham tak naluri kita nak zuriat dengan pasangan. Kita suami isteri nak waris.

Bukan saya dengan dia tapi ada lagi seorang. Itu bukan waris daripada saya dengan isteri. Kita nak zuriat daripada yang diusahakan. Tapi kalau dikatakan membazir, itu hak awak untuk bercakap.

Tapi bagi orang yang usahakan untuk IVF, tak kisah berhabis duit. Saya jumpa ada orang buat IVF, dia kerja kilang tau. Sebab apa? Dia nak juga anak dengan isteri.

Jadi, jangan keluar kenyataan macam itu. Daripada kau kahwin lagi, baik ambil anak angkat. Kenapa kau tak ambil anak angkat? Kalau betul nak anak sangat. Itu paling tak setuju.

Kredit : OB/FB

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

By admin

error: Content is protected !!