Kuala Lumpur – Sesiapa yang berminat untuk berkahwin dengan Inspektor Sheila boleh mencuba nasib dengan membalas hantarannya di Facebook sebelum 1 Julai.
Menurut Inspektor Sheila di laman Facebooknya, dia sedang mencari teman hidup tanpa mengira umur, agama, bangsa dan kerjaya.
Ada sesiapa yang ingin berkahwin dengan saya? Jangan lupa, tinggalkan pesanan anda di ruangan komen.

Ada Sesiapa Mahu Kahwin Dengan Saya?
“Kita akan keluar berjanji temu terlebih dahulu untuk mengenali satu sama lain,” katanya.
Selain itu, Inspektor Sheila juga berkata lelaki tersebut perlulah menepati ciri-ciri yang ditetapkan olehnya.
Selepas itu, kita boleh berjumpa ayah saya untuk memohon restu.
“Semua orang boleh mencuba. Jadi, tunggu apa lagi? Tulis ya dalam ruangan komen sebelum 1 Julai ini,” katanya.
Kini, hantaran tersebut telah menerima 785 tanda suka dan 722 komen.
Meninjau ke ruangan komen, ada beberapa lelaki yang berani mencuba nasib dan meninggalkan komen ya di dalam hantaran tersebut.

Antara Komen Orang Ramai
“Semoga Tuhan merahmati kamu, inspektor. Saya akan doakan kejayaan anda. Saya suka dengan anggota polis wanita yang telus,” kata seorang pengguna.
“Inspektor Sheila sangat berani. Saya suka sikapnya yang berterus terang dan lantang, tidak takut kepada sesiapa,” kata Guru.
“Kenapalah saya tak single lagi,” kata seorang pengguna lain.
Kredit : Kosmo
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.