Kuala Lumpur – Selepas lebih dua bulan melayari bahtera rumah tangga, buat kali pertama, pasangan selebriti, Janna Nick dan suaminya, Dini Schatzmann ‘berpisah’ selama dua minggu.

Ini kerana Janna atau nama sebenarnya, Nurul Jannah Muner, 28, menjalani penggambaran drama Surat Dari Tuhan di Tanah Suci Makkah sejak 10 September lalu.

Biarpun tak dapat menyembunyikan perasaan sedih, Janna berkata, dia tetap mengambil positif kerana perlu memenuhi tuntutan kerja.

Saya tinggalkan Dini selama dua minggu sebab menjalani penggambaran di Makkah. Selain bekerja, saya juga boleh manfaatkan peluang ini untuk beribadat dan membuat umrah.

Sebenarnya, saya nak bawa Dini sekali. Tetapi, saya ke Makkah atas dasar kerja, jadi rasa tak manis bawa suami.

Berjauhan Dengan Suami

Bagi saya, kerja tetap kerja dan kalau betul-betul nak pergi beribadat, kami akan pergi lagi,” katanya.

Pelakon berdarah kacukan Cina, Pakistan dan Thailand itu berkata, dia mempercayai suaminya dan yakin meninggalkannya seketika.

Selepas kahwin, ini adalah kali pertama saya berjauhan dengan Dini dalam tempoh yang agak lama.

Bagaimanapun, saya perlu kuatkan diri sebab sebelum berkahwin pun saya sudah biasa seorang diri.

Kalau Dini ikut, saya risau akan mengganggu sebab saya pergi atas urusan kerja. Saya perlu profesional walaupun sebenarnya jiwa terseksa.

“Saya juga jarang bawa Dini ke set penggambaran. Dini pula kalau soal kerja tak suka nak ganggu,” katanya.

Janna dan Dini bernikah di Langkawi, Kedah, pada 10 Jun lalu.

Kredit : BH/IG

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

By admin

error: Content is protected !!