Kuala Lumpur – Tular sebelum ini video dan foto memperlihatkan aksi mesra pelakon Fasha Sandha dengan penyanyi dan aktor Afiq Syazwan ketika menjalani penggambaran sebuah drama pada Julai lalu.
Afiq bagaimanapun berkata dia melakukan babak tersebut atas urusan kerja dan hanya mahu penonton dapat membezakan watak mereka ketika musim pertama drama itu dengan yang kedua.
Apa yang saya boleh cakap, semua itu atas urusan kerja sahaja. Memang saya buat kerja bersama dengan kak Fasha dan memegang watak sebagai suami dan isteri.
Kalau sebelum ini, watak kami sebagai anak ikan dengan Datin. Untuk musim kali ini dah bergelar suami isteri, jadi kemesraan itu kena lebih sikit untuk bagi penonton dapat merasai perbezaan musim pertama dan kedua.

Jawapan Afiq Shazwan
“Tiada niat untuk mencetuskan kontroversi ia juga salah satu promosi untuk drama tersebut. Cuma saya tak jangka benda itu jadi perhatian,” katanya.
Afiq ditemui selepas sidang media DemiNegaraku dan pelancaran Home of Kids yang diadakan di GSC Cinema, IOI City Mall 2, Putrajaya baru-baru ini.
Menyedari ia mengundang kecaman netizen, Afiq memberitahu dia sudah mendapatkan keizinan suami kepada aktres itu iaitu aktor Aidil Aziz yang turut terlibat dalam drama tersebut.
Saya sedar benda itu akan mengundang kecaman dan saya sendiri ada tanya kak Fasha macam mana kalau kena kecam. Tapi tak apa la, niat kita hanya untuk kerja saja.
“Suami kak Fasha juga terlibat sama dalam drama ini dan dia pun memahami dunia lakonan macam mana,” ujarnya lagi.
Kredit : Astro/IG
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.