Kuala Lumpur – Individu diberi tanggungjawab menata rias wajah Intan Najuwa pada hari perkahwinan pelakon itu iaitu Datuk Alha Alfa tampil menjelaskan mengenai solekannya yang mengundang kritikan segelintir netizen.

Alha atau Abdul Al Halim Mohd Al Fadzil, 35, memohon maaf sekiranya ada individu yang menganggap solekan Intan sewaktu majlis akad nikah dikatakan terlalu berat dan sarat.

Kata Alha, perkara ini berlaku disebabkan Intan melakukan penyambungan bulu mata eyelash extension yang menyebabkan solekan itu seakan-akan tidak kena.

Saya minta maaf sekiranya anda netizen merasakan mekap Intan itu heavy kelemahan saya apabila pengantin pakai eyelash extension siap sedia.

“Saya tidak menyalahkan pengantin, cuma orang luar akan salahkan saya ‘Kenapa bulu mata tebal?’ Dia mekap simple lagi cantik,” katanya.

Alha berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instastory miliknya.

Dalam pada itu, Alha menegaskan dia hanya menggunakan mekap asas foundation untuk mendapatkan solekan natural.

Bagaimanapun, disebabkan gambar yang diambil menggunakan bantuan pencahayaan, solekan wajah aktres berkenaan dilihat agak berat.

Mekap hari ini saya hanya guna satu pam foundation dap menggunakan span sampai hilang foundation sebab nak bagi natural.

Tetapi disebabkan tak dapat ambil gambar daripada natural light matahari kerana hujan jadi bila guna lighting akan nampak tebalnya.

Namun tidak mengapa, Intan happy saya pun gembira,” ujarnya.

Menjengah ruangan komen perkongsian jurusolek berkenaan, rata-rata netizen memuji sentuhan Alha.

Ada yang mengatakan wajah Intan nampak lebih berseri dan lain daripada kebiasaan.

Reaksi Intan

Pada Jumaat, Intan atau Najuwa Abdul Wahid, 26, sah bergelar isteri kepada usahawan Datuk Ahmad Azraf Asman, 39, dengan sekali lafaz pada pukul 6.45 petang.

Intan disatukan sebagai suami isteri dalam satu majlis penuh meriah dihadiri keluarga dan rakan terdekat.

Pada majlis tersebut, Asraf, 39, menyerahkan mas kahwin berjumlah RM 20,000 manakala wang hantaran sebanyak RM 222,000.

Kredit : Mstar/IG

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

By admin

error: Content is protected !!