Kuala Lumpur – Tular satu video di media sosial memaparkan seorang penunggang p-hailing yang berjalan kaki sambil menggalas beg makanan selepas motosikalnya dikatakan disita dalam satu sekatan jalan raya.
Video berdurasi 17 saat itu mengundang simpati ramai yang rata-ratanya mengecam pihak berkuasa seolah tidak bertimbang rasa atas kesalahan dilakukan lelaki berkenaan.
Pun begitu, menurut Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Sembilan, Hanif Yusabra Yusuf, ini yang sebenarnya berlaku.
JPJ Jelaskan
Cukai jalan motosikal ditunggang lelaki berkenaan didapati sudah tamat tempoh sejak Februari lalu selain tiada insurans.

Bahagian Penguatkuasaan JPJ Negeri Sembilan menerima maklumat motosikal pekerja p-hailing disita pada jam 12.38 tengah hari semalam.
Operasi Statik dijalankan di Jalan Persiaran Negeri, Nilai itu bagi mengesan kesalahan lalu lintas yang dilakukan pengguna jalan raya.
Sepanjang penguatkuasaan itu, pelbagai kesalahan dikesan dan diambil tindakan termasuk motosikal ditunggang lelaki terbabit yang melakukan kesalahan menunggang motosikal dengan Lesen Kenderaan Motor LKM tamat tempoh dan tiada insurans.
Tindakan menyita motosikal dilakukan atas tujuan menjaga keselamatan penunggang itu sendiri dan pengguna jalan raya lain kerana tidak dilindungi insurans.
JPJ sentiasa memandang serius kesalahan lalu lintas yang dilakukan oleh mereka yang sentiasa mengabaikan undang-undang atau peraturan ditetapkan.

JPJ juga akan mengambil tindakan sewajarnya bagi menjaga keselamatan pengguna jalan raya lain.
Justeru, orang ramai waspada pastikan cukai kenderaan anda tidak tamat tempoh.
Kredit : HM/FB
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.