Kuala Lumpur – Penyanyi Shila Amzah, 33, selamat bergelar isteri kepada pempengaruh media sosial, Muhammad Ubaidillah Mohd Zulkefli atau Ubai, 25, dalam majlis pernikahan yang berlangsung di Boathouse Ampang, di sini, hari ini.

Tepat jam 10.27 pagi, dengan sekali lafaz mereka sah bergelar suami isteri.

Pasangan terbabit dinikahkan bapa Shila, Datuk Amir Amzah atau ND Lala di hadapan Penolong Pendaftar Perkahwinan merangkap Imam Satu Masjid Darul Ehsan, Taman Tun Abdul Razak, Ampang, Selangor, Ustaz Mohamad Khairi Hussein.

Jumlah Wang Hantaran

Pada majlis itu, Shila atau nama sebenarnya Nurshahila Amir Amzah menerima mas kahwin sebanyak RM 20,000 manakala hantaran dirahsiakan.

Kredit Gambar

Majlis akad nikah bertemakan rona putih itu dihadiri kira-kira 250 tetamu yang terdiri daripada ahli keluarga kedua-dua belah pihak serta rakan-rakan artis.

Pasangan ini saling mengenali sejak 2011. Hubungan mereka akrab sekitar 2014 dan menjadi semakin rapat sejak tahun lalu serta mengambil keputusan bertunang pada 27 Mei lalu.

Shila berkata, dia merasa bersyukur dan gembira apabila mereka kini bergelar pasangan suami isteri.

Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi atas kelancaran majlis ini. Kami berharap agar pernikahan ini menjadi satu ikatan abadi yang diberkati Allah SWT, insya Allah.

Harapan saya semoga kami dapat menjalani bahtera perkahwinan ini sebaiknya dan saling sayang menyayangi hingga ke Jannatul Firdaus, mudah-mudahan.

“Apa yang paling penting sekarang ini adalah kami dapat menjaga anak Seth Uwais dengan penuh kasih sayang,” katanya.

Ubai pula mengakui sudah bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai suami dan bapa.

InsyaAllah saya sudah bersedia dan akan menjadi suami dan ayah yang terbaik untuk Shila dan Seth.

“Doakan semoga ikatan perkahwinan kami terus mekar dan kekal sehingga ke akhir hayat,” katanya.

Pasangan mempelai yang cantik mengenakan pakaian rekaan Zaimi Zulkafli ini belum mempunyai perancangan untuk berbulan madu memandangkan kedua-duanya sibuk bekerja.

“Disebabkan kekangan kerja dan menguruskan hal peribadi keluarga, kami belum memilih lokasi berbulan madu. Namun mungkin akan ada percutian pendek di dalam negara terlebih dahulu,” kata mereka.

Pasangan ini akan mengadakan dua majlis resepsi yang akan diadakan secara sederhana membabitkan ahli keluarga, rakan-rakan artis, rakan kongsi dari pelbagai negara.

Terdahulu, Shila bercerai dengan bekas suami, Haris Idraki pada 8 Februari 2022 selepas empat tahun berkahwin.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki Seth Uwais.

Kredit : HM/IG

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

By admin

error: Content is protected !!