Kuala Lumpur – Usahawan kosmetik terkenal, Liana Rosli atau Kak KM baru-baru ini memohon doa orang ramai untuk kesembuhan anak perempuannya, Rania, yang menghidap penyakit jantung berlubang.

Kak KM yang juga merupakan anak kepada pelakon veteran Normah Damanhuri melalui beberapa hantaran di media sosial ,meluahkan rasa sedih melihat keadaan anak ketiganya itu dan menyifatkan anaknya merupakan seorang anak yang baik dan rajin.

Kak KM berkata baru-baru ini mereka membuat pemeriksaan kesihatan sebagai salah satu syarat untuk mengambil insurans kesihatan.

Rupa-rupanya lubang pada bahagian jantungnya sudah membesar dan terus dirujuk ke hospital. Jadi tanpa sebarang perlindungan insurans, saya perlu tanggung segala kos rawatan yang dibuat, katanya.

Sementara itu, Kak KM memberitahu sejak anaknya itu dilahirkan doktor memaklumkan Rania mempunyai masalah injap jantung berlubang namun tidak pernah berdepan masalah kesihatan sejak kecil.

Dikecam Sebab Mohon Doa

Walaubagaimanapun, ada beberapa netizen seolah tidak senang dengan hantaran tersebut kerana mereka menyatakan, ketika mereka memberikan nasihat mengenai cara pemakaian Kak KM sekeluarga dan juga aksi menari yang keterlaluan, netizen dihentam semula.

Namun begitu, menurut pendakwah terkenal, Ustazah Asma Harun, adab sesama Muslim adalah mendoakan satu sama lain.

Apabila ada yang meminta, maka adabnya sesama Muslim kita mendoakan. Semoga anakanda Kak KM akan kembali sembuh sepenuhnya.

“Semoga ujian ini menjadi Asbab Rahmat Allah buat Kak KM sekeluarga, menjadi sebuah keluarga yang diredai Allah SWT,” katanya.

Tambahnya lagi, segala nikmat dunia tidak akan mampu menandingi besarnya nilai sihat yang selama ini Allah berikan secara percuma.

“Tiba masanya pula kita membalas kebaikan Allah SWT dengan mentaatiNya dan meninggalkan laranganNya. Allah sangat menantikan kepulangan kita kembali padaNya saat hidup sebelum saat mati,” tulisnya.

Kredit : TR/IG

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

By admin

error: Content is protected !!