Kuala Lumpur – Pelakon Riena Diana, 25, tampil menjelaskan bahawa dia tidak akan berlakon babak panas seperti yang tular melainkan dia menerima skrip dan diminta oleh pengarah untuk melakukan babak tersebut tetapi dengan syarat ia tidak keterlaluan.
Tegasnya, dia masih waras untuk menjaga maruah dan nama baik ibu bapanya.
Terdahulu, pelakon Riena Diana sedia menjayakan adegan ranjang dalam lakonan andai diminta berbuat demikian bagi memenuhi tanggungjawab sebagai seorang aktres.
Sungguhpun begitu, babak dimaksudkannya bukan sekadar penyendal atau modal menarik penonton, sebaliknya perlu menjadi penguat plot .

Sebenarnya saya tidak kisah terbabit dalam babak intim atau ranjang, sebab empat tahun dulu pernah laksanakan adegan sama dalam sebuah drama.
Cuma ketika itu kisahnya lebih kepada komedi dan bukan zaman viral. Jadi babak saya didukung Aidil Aziz dan dicampak ke katil tak jadi buah mulut orang ketika itu.
Tidak Keterlaluan
Yes, i would do it bila director suruh tapi tidak keterlaluan dan kena ingat kita ni kat negara Islam. So,tak kan ada aksi macam tu.
Like we all know pernah je ada aksi macam tu, tapi viral sampai tak boleh keluar TV. Jadi tak mungkin akan ada pun.

“Dan, saya cakap saya ada parents yang masih lagi menonton drama-drama saya. So, tak kan lah saya nak malukan parents dengan buat benda macam tu,” katanya.
Perkara itu dikongsi Riena menerusi hantaran di Instagram Story miliknya sebentar tadi.
Kredit : Mstar/IG
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.