Kuala Lumpur – Pelakon Didie Alias tidak berniat membuka aib atau memburukkan sahabatnya iaitu Enot menerusi temu bual program Melodi yang disiarkan pada Ahad.

Didie atau Fadzilah Mohd Ali, 51, sebaliknya menjelaskan apa diperkatakan sekadar luahan hati selepas Enot membuat keputusan memulakan kehidupan baharu dan tidak lagi menetap di Kuala Lumpur sejak November tahun lalu.

Sebagai seorang kawan saya hanya luahkan apa tersimpan dalam hati sebab dia pergi tanpa cakap apa-apa. Kalau tonton temu bual itu pun saya tidak memburukkan atau menyebut namanya.

Sudah lama saya simpan apa saya rasa sebab selama ini ramai bertanya tentang Enot. Saya pun tak boleh nak beri jawapan sebab saya tidak tahu keadaan dia.

“Saya harap dia dengar semula dan faham apa yang saya maksudkan dalam temu bual tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Isnin.

Hanya Mampu Doakan Enot

Menerusi temu bual bersama penerbit Melodi iaitu Michelle Wee, Didie membicarakan tentang sahabatnya yang menghilangkan diri tanpa khabar berita.

Meskipun tidak menyebut nama, namun ramai membuat andaian individu dimaksudkan adalah Enot memandangkan hubungan mereka akrab sebelum ini.

Enot pula dalam satu kenyataan di TikTok miliknya pada Isnin pula dilihat seakan-akan menjawab kenyataan dibuat Didie termasuk meminta rakannya itu berfikir kembali perkara telah dilakukan sehingga membuatkan dia jauh hati.

Dalam pada itu, Didie berkata, dia sedia untuk mendengar penjelasan Enot tentang luahan dibuatnya termasuk punca sebenar dia menjauhkan diri daripadanya selain aib dirinya yang disimpan.

Bagaimanapun kata aktres ini, buat masa ini dia memilih untuk tidak bertemu dengan Enot kerana enggan memburukkan keadaan.

Saya pun tak tahu apa yang dia maksudkan. Tak tahu aib apa yang dia simpan. Mungkin saya juga ada buat salah.

Buat masa sekarang saya tidak tahu sama ada mahu berjumpanya atau tidak. Saya rasa seperti seorang yang gagal apabila jadikan dia adik untuk dijaga.

Itu pilihan dia sekarang. Saya hanya mampu berdoa dari jauh,” ujarnya.

Tidak hanya itu, Didie berkata, dia juga kesal apabila timbul dakwaan mengatakan Enot kini menjalinkan hubungan songsang dengan seorang wanita.

Malah kata Didie, dia berang apabila Enot dilihat terbuka mempamerkan kemesraan bersama kekasihnya itu di laman sosial sehingga menimbulkan pelbagai tohmahan terhadapnya.

Kalau dia pilih lelaki saya tak kisah malah saya boleh taja majlis persandingan kalau dia mahu berkahwin. Tetapi dia ada pilihan sendiri.

“Saya cuma katakan kepada individu itu, jagalah Enot dengan baik. Saya dah tak mahu dengar cerita dia minta bantuan kewangan sedangkan sebelum ini sudah cakap nak mulakan kehidupan baru,” ujarnya.

Kredit : Mstar/IG

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

By admin

error: Content is protected !!