Kuala Lumpur – “Sepatutnya saya dijadualkan buat dua sesi kemoterapi di pusat perubatan swasta minggu lalu tetapi terpaksa ditangguhkan kerana wang tak cukup,” kata penyanyi popular era 80an, Ibnor Riza, 62, yang menghidap kanser limfoma tahap empat.
Ibnor berkata, dia memerlukan dana sebanyak RM 30,000 untuk menampung kos dua sesi kemoterapi yang dijadualkan di pusat perubatan di Petaling Jaya itu.
Saya sudah menjalani kemoterapi sebanyak enam kali di hospital kerajaan sebelum ini tetapi sel kanser masih ada lagi.
“Selepas mendapat nasihat doktor pakar, saya merancang untuk buat dua lagi sesi kemoterapi tetapi di pusat perubatan swasta di Petaling Jaya,” katanya.

Keadaan Terkini Beliau
Ditanya mengenai dana itu, Ibnor berkata, dia bersyukur kerana beberapa rakan artis mengambil inisiatif untuk menganjurkan program Malam Untukmu Ibnor untuk mengumpul dana menampung kos perubatannya itu.
Antara yang terbabit ialah Datuk Siti Fairuz, Jay Jay, Nizam Laksamana dan Sophia Ibrahim.
Menurutnya, program amal itu akan berlangsung di Hotel Grand Barakah, di sini, pada 30 Ogos ini.
Saya merayu supaya orang ramai dan rakan artis untuk tampil membeli meja yang dijual untuk malam amal itu nanti.
“Saya sendiri berusaha untuk menjual meja untuk program amal ini kepada rakan artis dan setakat ini baru beberapa meja saja dapat dijual,” katanya dengan nada sebak.

Pada masa sama, Ibnor berkata, dia juga sudah sembilan bulan tidak bekerja dan tiada pendapatan sejak menghidap kanser limfoma itu.
“Ada juga pihak yang menghulurkan sumbangan wang ringgit tetapi wang itu digunakan untuk menampung kehidupan seharian kerana saya sudah tidak mampu menyanyi seperti dulu,” katanya.
Kredit : HM/FB
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.