Kuala Lumpur – Masih ingat aktres Zahida Rafik yang pernah muncul dalam beberapa filem tempatan, antaranya Mami Jarum, Mami Jarvm Junior, Anak Mami The Movie dan Kuliah Cinta.

Agak lama juga kita tidak mendengar khabar aktres kacukan Melayu dan Pakistan ini.

Sekadar info, beliau dijemput sebagai peragawati dalam Fiesta Fesyen Kuala Lumpur FFKL di One Utama pada 2009 bagi mengangkat warisan bangsa seperti fabrik songket dan tenun Pahang Diraja.

Semua peragawati telah menggayakan tenunan songket hasil kreativiti Manang Songket, Bibah Songket, Sri Gamelan Songket, Zaidah Songket, Atikah Songket TTDI dan banyak lagi.

Keadaan Terkini Beliau

Bagaimanapun, bagi peminat Zahida yang mengikuti beliau menerusi laman Instagram, anda pasti tahu yang Zahida kini aktif melakukan rutin senamannya di gim.

Meskipun lama tidak muncul di kaca televisyen, ternyata penampilan Zahida tidak pernah mengecewakan.

Untuk info, Zahida adalah pemilik syarikat produksi Chilli Picture dan pernah menerbitkan sebuah filem menerusi usaha sama bersama syarikat produksi Indonesia, Nobel Benchmark Sdn. Bhd iaitu pada tahun 2009.

Mengulas mengenai perjalanan kerjaya seninya pula, Zahida pernah dipalitkan dengan kontroversi yang melibatkan nama VIP dan isu pemakaian Botox.

Sumber : Rom/IG

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

By admin

error: Content is protected !!