Kuala Lumpur – Kalau anda anak kelahiran 90an mesti kenal dengan model tinggi lampai yang sering dilihat di papan iklan Jakel, Zahnita Wilson.
Zahnita atau nama sebenarnya Zahnita Dorothy binti Hussein Wilson juga merupakan wajah yang dikenali dan sering menghiasi majalah Nona, Pesona Pengantin dan macam macam lagi.
Baru-baru ini, Zahnita berkata dirinya menerima kecaman ramai sehingga turut kehilangan beratus orang pengikut di Instagram kerana tidak memakai solekan.
Zahnita telah berkongsi satu video bersama anaknya di mana kanak-kanak itu menyindir gaya rambutnya dan ia membuatkan ramai pengikut unfollow model berkenaan.
Dalam pada itu, ramai yang memuji Zahnita kerana menjadi diri sendiri dan tidak kisah mempamerkan wajahnya tanpa secalit mekap atau filter.
Rata-ratanya mengimbau kenangan zaman kegemilangan Zahnita menjadi top model dan dikenali ramai di Malaysia sekitar tahun 2000an.
Keadaan Terkini
Pelakon, Zahnita Hussein, 38, berkongsi mengenai proses penyembuhan selepas mengharungi kesakitan akibat slipped disc yang dialaminya.
Dalam hantaran yang dimuat naik hari ini, pelakon yang popular menerusi filem Gila Gila Pengantin Remaja itu berkongsi mengenai proses penyembuhannya.
Tidak lama dahulu, saya burn out dan cedera teruk di bahagian belakang. Kecederaan di cakera L5/S1 tulang belakang.
Akibat kesakitan itu, saya tak mampu berjalan atau berdiri lebih daripada beberapa minit. Kesakitan yang saya maksudkan adalah sakit yang teramat sangat.

“Ketika menjalani fisioterapi, perlukan empat orang dewasa untuk bantu saya berdiri tegak. Setiap langkah, saya rasa seperti ada pisau yang menikam bahagian belakang dan kaki saya. Saya hampir lumpuh,” tulisnya.
Zahnita turut menyelitkan video ketika dia berada dalam kesakitan dan dibantu beberapa individu untuk bangun ketika menjalani proses rawatan.
Dalam ruangan komen, rata-rata, ramai pengikutnya memberikan kata-kata semangat kepada Zahnita agar dapat menjalani proses penyembuhan dengan bersemangat.
Kredit : BN/HM
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.