Kuala Lumpur – Bagi mengukuhkan kedudukan sebagai pembekal kandungan hiburan utama di Malaysia, saluran stesen televisyen swasta percuma Awesome TV melakar inisiatif baharu menerusi penganjuran pertandingan Mic On Selebriti yang menggabungkan elemen nyanyian dan komedi bagi merebut gelaran juara sekaligus memenangi hadiah bernilai sehingga RM 250,000.

Program Mic On Selebriti bakal bersiaran selama 10 minggu pada setiap hari Sabtu, jam 9.00 malam mulai 20 Mei 2023 secara eksklusif di platform Astro 123 dan MyTV 112 .

Mengulas lanjut mengenai pertandingan realiti Mic On Selebriti, Datin Ezzan Zali, kami di Awesome TV sentiasa akur dengan permintaan audiens yang mahukan pengisian berkualiti dan terkini.

Kini, kami bawakan pula program Mic On Selebriti yang merupakan sebuah lagi testimoni saluran ini dalam menawarkan program-program hiburan beraneka format khusus untuk tontonan ramai.

Program pencarian bakat Mic On yang mula diperkenalkan pada tahun 2021 dengan misi utama mencungkil pelapis penghibur baharu versatil.

Setelah dua musim bersiaran, format asal Mic On disuntik dengan pembaharuan segar untuk kekal relevan sekaligus meningkatkan kredibiliti dan daya tarikan yang lebih besar terhadap program tersebut.

Black Tak Puas Hati Masa Konsert Minggu Ke 8

Program Mic On Selebriti bakal dikendalikan sepenuhnya oleh Shiha Zikir dan Jaa Suzuran yang telah diberi kepercayaan untuk menggalas tanggungjawab sebagai hos musim ini. 

12 barisan pelakon popular yang akan berentap di pentas utama Mic On Selebriti untuk membuktikan bakat dan kebolehan masing-masing dalam bidang nyanyian pula adalah terdiri daripada 7 peserta lelaki iaitu Zul Huzaimy, Fauzi Nawawi, Johan Asari, Namie, Chiwan, Ammar dan Anas Ridzuan.

Manakala 5 peserta wanita pula termasuklah Sherry Ibrahim, Mona Allen, Elly Arifin, Afifah Nasir dan Amyza Aznan.

Kesemua mereka akan dibahagikan kepada tiga buah kumpulan dan diletakkan di bawah pengawasan manager yang telah dilantik sepanjang pertandingan berlangsung.

Manakala 3 penyanyi terkenal tanahair iaitu Black Hanifah, Hazama dan Aepul Roza telah diberi mandat selaku manager yang akan memberi idea, tunjuk ajar dan bimbingan kepada 4 orang selebriti di bawah naungan mereka. 

Tiga nama besar yang dilantik sebagai juri tetap program Mic On Selebriti ialah Hashridz Murshim atau lebih dikenali dengan nama Dato Acis yang bertindak sebagai pengarah muzik, Dato Aaron Aziz serta Erra Fazira.

Kredit : BDY/IG

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

By admin

error: Content is protected !!