Kuala Lumpur – Pelakon Fasha Sandha enggan ambil pusing dengan komen sesetengah pihak yang kurang senang melihat video dia sakan menari selepas berjaya menurunkan berat badan.

Fasha atau Nur Fasha Sandha Hassan, 39, sebaliknya menyifatkan dirinya seorang yang sentiasa ceria dan bentuk tubuh langsing bukan punca dia berani memuat naik video tersebut.

Seorang Fasha Sandha adalah manusia yang sentiasa happy dan enjoy. Gemuk ke, berisi ke, saya tetap joget dan happy. Tiada masa nak edit gambar atau video untuk jadikan saya kurus.

Fasha berjaya menurunkan berat badan dengan amalan diet.

“Saya tetap bahagia dan ejoy dari dulu hingga sekarang. Jadi fakta mengatakan saya berbeza ketika badan berisi adalah tidak tepat. Saya tetap sama,” katanya.

Fasha menjelaskan hal tersebut bagi menjawab komen netizen menerusi sebuah video dia menari sebagai tanda gembira berjaya menurunkan berat badan.

Pada video jawapan diberikan, Fasha turut memuat naik kembali video lama aksi dia sedang menari bersama suami, pelakon Aidil Aziz serta dua anak mereka.

Dalam pada itu, aktres itu merasakan tidak perlu berasa malu untuk menjadi diri sendiri meskipun berstatus isteri orang.

Malu pada keluarga mentua? Kenapa? Pada saya, tak perlu malu jadi diri sendiri. Tiada siapa pun sempurna di dunia ini, tiada siapa layak untuk menilai orang lain.

“Lagi malu kalau kelihatan baik tapi bersifat hipokrit, juga selalu iri hati pada orang serta berhati tidak bersih,” ujarnya.

Komen Dari Netizen

Penampilan terbaharu Fasha sering menjadi tumpuan ramai sehingga ada mendakwa dia melakukan pembedahan bariatrik sebagai jalan pintas menurunkan berat badan.

Dalam beberapa perkongsian sebelum ini, Fasha menjelaskan dia mengamalkan diet serta produk kesihatan sehingga berjaya menurunkan berat badan sebanyak 18 kilogram.

Kredit : Mstar/IG

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

By admin

error: Content is protected !!