Kuala Lumpur – Sepahtu Reunion Live kembali semula dengan musim terbaru dan artis jemputannya untuk episod ke 6 adalah Elly Mazlein.
Sebelum ini Lisa Surihani, Zarina Anjoulie, Erysha Emyra dan Elisya Sandha dijemput untuk memeriahkan Sepahtu Reunion Live bersama Jep, Rahim Pak Ya dan Ebby Yus.
Dalam episod minggu ke 6, Elly Mazlein memegang peranan sebagai Zack seorang
gadis tomboy yang ditunangkan dengan Rahim tapi Rahim tak berkenan dengan perwatakan Zack.

Rahim meminta bapa Ebby Yus dan adiknya Man Raja Lawak untuk mengubah penampilan Zack menjadi gadis yang bersopan santun.
Lawak Kurang Sopan
Pelawak terkenal, Jep Sepahtu mengundang teguran netizen apabila didakwa menyelitkan unsur kurang sopan dalam lawak yang disampaikan di pentas Sepahtu Reunion Live malam tadi.
Menerusi rakaman pendek di TikTok, kelihatan satu babak di mana Jep bersama artis undangan Elly Mazlein yang melakonkan watak sebagai Zack.
Jep memujuk Zack yang berpakaian seperti lelaki supaya berubah. Dia kemudian mengambil sepasang blouse dan meyakinkan Zack bahawa Zack nampak cantik dalam pakaian itu.
Namun, Zack dengan selamba membuka bahagian jaket luar dan Jep yang terkejut memintanya supaya memakai semula jaket itu.
High Beam Tu
Selepas melontarkan dialog itu, Jep tak dapat menahan ketawa dan penonton turut bersorak. Jep berkata lagi, tadi penglihatannya silau kerana high beam di depannya.
Di ruangan komen, ada netizen meluahkan rasa kurang selesa apabila terdapat unsur kurang sopan seperti itu.
Mereka mempersoalkan adakah kini ianya mula dinormalisasikan di atas tiket lawak.

Kredit : OM/FB
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.