Selepas kerajaan Arab Saudi mengistyharkan agar sebarang ibadah umrah ditangguhkan buat masa terdekat ekoran Covid-19, Kota Suci itu dilihat lengang dan tidak seceria selalu.

Langkah tersebut diambil sebagai satu cara menbendung Covid-19 daripada terus menular.

Langkah elak Covid-19 menular

Selain daripada Kota Suci Mekah dan Madinah yang agak lengang, masjid Al-Aqsa yang terletak di Palestin juga telah ditutup daripada sebarang perkumpulan atau perhimpunan bagi mengelakkan dari terus menular.

Ruangan solat dalam masjid ditutup

Menerusi Harian Metro, pengarah al-Aqsa sendiri telah menyatakan hal tersebut dan memberitahu bahawa ruang solat di dalam masjid kubah emas itu ditutup buat sementara waktu.

“Jabatan Waqf Islamik membuat keputusan untuk menutup ruang solat dalam masjid ini sehingga diberitahu kelak.”

Boleh beribadah di ruangan terbuka masjid

Walau bagaimanapun, para pengunjung masih boleh bersolat di ruangan terbuka masjid dan tiada halangan untuk beribadah disitu.

Langkah yang diambil oleh pihak Masjid Al-Aqsa ini adalah satu daripada langkah mengawal penularan Covid-19.

Setakat ini, belum ada sebarang kes positif Covid-19 dari Palestin, namun mereka telah menutup pintu masuk dan keluar ke bandar Bethlehem di sana ekoran kebimbangan penularan Covid-19 ini.

BorakDaily, HarianMetro

By admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!