Setiap insan pasti sahaja mempunyai tugasan dan juga pekerjaan yang membuat diri mereka sibuk sehingga melupakan perkara-perkara yang wajib perlu dilaksanakan. Jika difikirkan, pekerjaan dan kesibukan dunia ini tidak akan pernah habis dan memang tiada penyudahannya.

Sangat mengagumkan apabila terdapat sesetegah insan, tetap sahaja mengutamakan perkara yang wajib walaupun rutin harian penuh dengan tugasan yang perlu dilakukan. Malah, perlakuan mereka ini sekaligus dapat membuka hati dan menyedarkan insan-insan yang sedang terleka.

Bahagia tidak memikirkan dunia

Di Facebook, seorang pemandu lori dilihat sedang khusyuk membaca Al-Quran sambil duduk ditempat bahagian pemandu. Walaupun hanya mengenakan kain pelekat dan juga baju-t, dia dilihat sangat tenang dan selesa sambil membaca kitab suci itu.

Sekeping gambar yang tersebar ini, memberi serbu makna dan juga inspirasi terutamanya buat mereka yang bergelar umat islam. Ramai yang mengagumi bagaimana lelaki ini mengisi masa terluangnya, dengan melakukan perkara yang jelas disarankan dalam agama kita.

Seronok tengok orang lancar membaca Al-quran

Sudah pastinya, foto ini meraih perhatian para pengguna Facebook yang lain dan sekaligus sifat pemandu lori ini jadi pujian.

Jarang jumpa orang macam ni

BorakDaily

By admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!