Kuala Lumpur – Pelakon Fathia Latiff sekali lagi mencuri perhatian netizen dengan perubahan yang dilakukan ke wajahnya.
Menerusi perkongsiannya di Instagram, Fathia membuat rawatan muka di klinik estetik untuk menegangkan kulit serta melambatkan penuaan di wajah.
Di dalam video tersebut, wajahnya terdapat kesan-kesan darah hasil daripada rawatan cucukan yang menggunakan jarum.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen meminta dirinya agar berhenti berbuat demikian kerana menganggap dirinya seakan tidak bersyukur dengan kurniaan yang Tuhan berikan.
Antara Reaksi Ramai
Fatiya, stop la cucuk-cucuk kesannya nanti selepas kita tua akan jadi tak natural look. Fatiya dah cantik. Tak perlu cucuk-cucuk lagi.
Sekali dah buat, you tak akan cukup percaya lah. So jangan over buat nanti lain jadinya.
Bersyukur dengan kurniaan Allah. Dah cantik wajah tu apa lagi nak di cucuk-cucuk, komen netizen.
Terdahulu, salah satu posting yang dimuat naik oleh Fathia di media sosial memaparkan dirinya mengakui telah menjalani rawatan estetik untuk nampak lebih menarik.
Fathia juga berkata dia lebih gembira dengan wajahnya yang terbaru dan menyatakan tiada yang salah dengan penampilannya.
Apa salahnya sekiranya saya nampak berbeza? Awak semua pernah dengar atau tidak mengenai solekan dan rawatan estetik? Saya bahagia dengan wajah saya sekarang ini.
Kredit : TV3/IG
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.