Kuala Lumpur – Pempengaruh Ryan Bakery berdepan dengan detik cemas apabila dirinya diganggu oleh makhluk halus ketika live bersama rakannya, Asraf Jaafar atau Acap S di TikTok.

Menerusi video yang tular di platform tersebut, Ryan yang berada di luar rumah menyatakan dia berasa tidak sedap hati kerana terdengar seperti seseorang memanggilnya.

Kejadian yang dikatakan berlaku sekitar 3.30 pagi itu turut disaksikan oleh Acap yang mendengar seperti seseorang sedang menangis.

Sekadar info, Ryan Bakery atau nama sebenarnya Muhammad Ryan Fahmi bin Bakery ialah personaliti media sosial Malaysia, selebriti TikTok dan pelakon yang berasal dari negeri Perak.

Dia dan rakan baiknya, Wan Chai pernah muncul sebagai tetamu jemputan dalam rancangan sitkom Sepahtu Reunion Live yang ditayangkan di Astro Warna.

Sejak tahun 2021, Ryan Bakery aktif menghasilkan video-video parodi pendek yang mengimbau kenangan manis ketika zaman kanak-kanak era 90an di platform TikTok.

Macam Suara Perempuan Menangis

“Aku rasa tak sedap hatilah, rasa macam nak masuk. Macam ada benda panggil aku. Kau dengar tak ada bunyi?,” kata Ryan.

Enggan membiarkan Ryan dalam bahaya, Acap sempat menasihatkan pempengaruh itu untuk masuk ke dalam rumahnya.

“Kau dengar orang menangis ke Ryan? Isteri aku dengar, dia chat aku. Bahayalah, masuklah Ryan. Isteri saya boleh dengar, guys. Isteri saya hijab dia terbuka dulu. Dia yang bagitahu saya kata dia dengar,” katanya.

Menjengah ke ruangan komen, perkongsian tersebut telah meraih pelbagai respons bahkan, ada juga yang mendengar bunyi yang sama seperti mereka.

Kredit : TV3/IG

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

By admin

error: Content is protected !!