Kuala Lumpur – Pelawak Mamat Sepah tidak melihat ada harapan untuk mengumpulkan dua anggota asal Sepah iaitu Shuib dan Jep memandangkan isu di antara mereka dilihat masih belum ada jalan penyelesaian.
Mamat atau Mohd Noor Murad, 38, berkata, sebagai rakan dia ada memasang niat untuk menyatukan kesemua anggota Sepah dan berharap impiannya itu bakal menjadi kenyataan.
Sekarang semua dah tahap jutawan, Alhamdulillah. Saya sangat gembira dengan impian kami sebelum ini yang mahu jadi somebody.
Tapi bila timbulnya isu perpecahan, perkara berbangkit saya pun tak sangka keadaan jadi macam ini. Saya secara periadi memang nak satukan sepah semula.

“Tapi saya sedar agak sukar untuk disatukan semula mengenangkan keadaan sekarang,” katanya.
Rindu Memang Rindu
Sebagai individu yang menghimpunkan kumpulan itu sekitar 17 tahun lalu, pelawak itu berasa bertanggungjawab menjernihkan semula hubungan antara sesama rakan karibnya demi sebuah ukhwah.
Saya kumpulkan Jep dan Shuib pada sekitar 2006. Ditakdirkan kami menang dan kemudian menjadi juara lagi. Dari hidup susah, ada yang sudah ke tahap jutawan, jadi orang penting.
Secara peribadi memang saya mahu satukan mereka, tetapi bukan dalam keadaan sekarang ketika masing-masing sibuk.
“Saya pun suka dapat duduk sekali dengan mereka sambil mengenang kisah lampau kami, bergelak ketawa, bukan bercerita hal kerja. Sebenarnya kami ada kod bahasa kami sendiri,” katanya ketika ditemui pada malam akhir Mega Spontan, baru-baru ini.
Mengakui rindukan momen bersama rakan-rakannya, selebriti asal Johor itu turut mendedahkan sering berjumpa Jep atau Muhd Nadzri Zainal Abidin sementelah dengan Shuib, mereka berhubung ketika kenduri pernikahan usahawan tersebut.
“Rindu memang rindu sebab Sepah adalah kumpulan terbaik yang saya ada. Cuma untuk duduk bertiga, saya minta doakan saja. Dapat minum kopi bersama-sama pun dah cukup,” katanya.
Pada Jumaat lalu, Mamat dan kumpulannya iaitu Majakelat muncul sebagai juara program Mega Spontan musim pertama dan membawa pulang hadiah wang tunai RM 200,000.
Kredit : Mstar/IG
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.