Kuala Lumpur – Pelakon dan usahawan jelita, Fazura mendedahkan bahawa ada seorang pelakon wanita cuba mendekati suaminya pelakon Fattah Amin ketika dia sedang hamil.

Menerusi video temu bual official hlive, Fazura menyatakan bahawa dia seorang yang tidak kuat cemburu.

Namun, ada rakan produksi yang akan menyampai kepadanya tetapi dia enggan cepat melatah kerana mempercayai suaminya.

Faz seorang yang tak jealous. Saya percaya suami saya dan Alhamdulillah Fattah seorang suami yang baik.

Tak Tanya Fattah

Memang ada insiden sebelum ini juga yang memang mencuba-cuba tapi Faz tak tanya Fattah, tak tanya apa. Cuma orang yang akan sampaikan dekat Faz. Macam orang produksi dia akan sampaikan.

“Tapi, memang tak pernah ada discussion dengan Fattah pun sebab I trust my husband. Nak buat macam mana husband kita helok,” kata Fazura sambil bergurau.

Lagi, Fazura mendedahkan bahawa pelakon wanita itu berani untuk mengganggu suaminya malah turut disaksikan oleh keluarganya.

Walaubagaimanapun, Fazura merupakan seorang yang tenang dan percaya dengan istilah bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi.

Ada satu insiden sampai dekat premier pun. Faz ingat lagi masa tu saya pregnant, kat rumah. Memang faz tak pergi sebab masa tu zamanCovid kan so risaulah nak keluar.

So ada satu insiden tu pelakon ni sampai dekat premier pun dia boleh nak dekat dan sebagainya. Benda itu disaksikan oleh family Faz jugak tapi Im cool.

Faz rasa kalau apapun saya takkan nak serang suami saya ke apa because the end of the day it takes two to tango, ujarnya lagi.

Kredit : TV3/IG

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

By admin

error: Content is protected !!