Kuala Lumpur – Penyanyi Baby Shima, 28, menerusi peguamnya Muhammad Noor Azfar Noor Azmi bertindak menyaman pendakwah PU Syed dan Ketua Pemuda PAS Kuantan, Abd Rahman Mat Noor berkaitan ucapan kata-kata fitnah terhadapnya.

Muhammad Noor Azfar berkata pihaknya memfailkan writ saman dan penyataan tuntutan itu di Mahkamah Tinggi Malaya, Ipoh serta Mahkamah Tinggi Malaya, Kota Bharu.

“Kedua-dua tindakan terhadap individu-individu yang dinamakan difailkan di atas kausa tindakan saman fitnah dan malicousfalsehood di bawah undang-undang tort.

“Setakat tarikh kenyataan ini, proses penyerahan kertas-kertas kausa kepada individu-individu yang dinamakan di atas sedang dilaksanakan bagi maksud memenuhi keperluan undang-undang,” katanya.

Dinasihatkan Tidak Mengulas Lanjut

Menurut Mohammad Noor Azfar lagi, pihak Baby Shima tidak berhasrat untuk memberi komen lebih lanjut buat masa ini.

Langkah itu, katanya, diambil sebagai menghormati proses mahkamah serta pihak yang dinamakan belum menerima kertas-kertas kausa yang difailkan.

“Kami juga sudah menerima arahan untuk mengambil tindakan dalam masa terdekat ini terhadap beberapa individu dan syarikat lain yang terbabit menyalahgunakan nama anakguam kami bagi tujuan komersil,” katanya.

Terdahulu, Abd Rahman pernah mendakwa penyanyi berkenaan menjual agama kerana hanya mengenakan tudung mengikut majlis tertentu.

PU Syed atau nama sebenarnya Syed Mohd Bakri Syed Ishak pula didakwa memfitnah dan menuduhnya tidak mengerti soal halal dan haram berhubung penganjuran sesuatu konsert.

Kredit : HM/IG

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

By admin

error: Content is protected !!