Siapa saja yang tidak mengenali dengan pelakon jelita popular, Mira Filzah atau nama sebenarnya Nur Amirah Filzah binti Badioezaman. Wajah pengacara Nona ini juga sering mewarnai kaca televisyen dengan pelbagai drama tempatan dimana lakonannya sering mendapat perhatian ramai.
Memiliki wajah jelita serta mempunyai pelbagai bakat dalam industri hiburan tanah air, Mira Filzah turut menjadi inspirasi buat ramai peminat.
Seperti diketahui, Mira Filzah kini juga sedang sibuk shooting satu drama terbaru bagi tahun baharu ini dan kali ini, gandingannya bukan calang-calang iaitu Zul Ariffin.
Selepas bergandingan dengan beberapa pelakon lelaki popular seperti Remy Ishak mahupun Ben Amir, kini ramai pula ternanti-nanti lakonannya bersama Zul Ariffin dalam drama berjudul, Bidadari Kiriman Tuhan.
Drama ini dikhabarkan bakal menemui peminatnya pada bulan Ramadhan dan difahamkan ia merupakan sebuah drama sebanyak 25 episod dan akan bersiaran di Slot Drama Vaganza di Astro Ria.
Pun begitu, pelakon jelita ini juga sering berkongsi perkembangan barunya menerusi laman Instagram dan dia turut ada memuat naik mengenai drama terbaru lakonannya itu kepada peminat dan pengikut.
Dalam pada itu, ada pula sekeping foto Mira Filzah yang difahamkan dirinya akan membawakan watak sebagai Cikgu Manis dan ternyata, foto itu telah menerima ribuan tanda suka sehingga lebih 145,000 dalam masa yang sekejap.

Ini kerana, Mira Filzah yang kelihatan comel bersama tiga orang kanak-kanak dimana dapat diperhatikan mereka berada dalam sebuah tadika.
Gara-gara perkongsian foto berkenaan, rata-rata peminat sempat mengusik dan berseloroh dengan Cikgu Manis ini menerusi ruangan komen sehinggakan Mira Filzah menerima lebih 600 komen.
“Saya nak masuk class cikgu boleh tak”

“Nak jadi anak murid boleh tak cikgu”

HimpunanCeritaLawak