Kuala Lumpur – Gelagat penyanyi MK dari kumpulan K-Clique bersama isterinya iaitu Siti Hajar semasa berada dalam kereta menarik perhatian netizen di media sosial.
Menerusi satu video yang dikongsi semula netizen, MK atau nama sebenarnya Muhammad Hairi Amin Hamdan dilihat mengusik isterinya yang sedang memandu kenderaan ketika itu.
“Berapa minit lagi? Cepat sikit saya nak pergi solat Jumaat. Selepas ini saya ada mesyuarat. Tolong jangan tekan break,” katanya kepada isteri.
Namun apa yang menjadi bualan apabila pasangan berkenaan dilihat tidak mengenakan tali pinggang keledar semasa kereta tersebut sedang bergerak di atas jalan.
Malah tali pinggang keselamatan itu juga hanya dipakaikan pada kerusi bagi mengelakkan daripada gangguan bunyi amaran.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menegur tindakan penyanyi berusia 27 tahun itu bersama isterinya.
Mereka juga berharap pihak berkuasa mengambil tindakan kerana bimbang ia akan menjadi ikutan peminatnya.
MK Pohon Maaf
Penyanyi MK K-Clique tampil membuat permohonan maaf susulan video dia dan isteri, Siti Hajaar tidak memakai tali pinggang keledar ketika menaiki kereta pada Jumaat.
Menerusi hantaran di Instagram, MK mengakui kekhilafannya memuat naik video yang tidak memberi contoh baik kepada orang ramai.
MK atau nama sebenarnya Muhammad Hairi Amin Hamdan berharap agar kesilapannya itu dijadikan pengajaran agar mengutamakan keselamatan.
Saya minta maaf kerana beri contoh yang tidak baik dan tidak bertanggungjawab. Itu adalah tanggungjawab dan kesalahan saya.
Harap ia boleh beri kesedaran kepada semua pihak untuk mengutamakan keselamatan. Kita harus lebih peka.
Dalam pada itu, aktor berumur 27 tahun ini berjanji tidak akan mengulangi kesilapan sama lagi.
Kredit : Mstar/IG
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.