Kuala Lumpur – Sejak pagi tadi, tular di media sosial berkenaan satu video seorang rider penghantar makanan yang berjalan kaki selepas motosikal yang ditunggangi untuk mencari rezeki disita pihak Jabatan Pengangkutan Jalan JPJ.
Susulan daripada itu, influencer terkenal, Aisar Khaledd telah terpanggil untuk belikan motosikal baru buat lelaki berkenaan dan membawanya ke syarikat kenderaan.
Menerusi perkongsian Aisar di Facebook, dia telah memuat naik gambar bersama rider tersebut dan staf-staf yang betugas di hadapan syarikat kenderaan terbabit.
Ujarnya, dalam setiap rezeki kita pastinya ada rezeki orang lain dan perkara tersebut sedang berlaku hari ini.

Dia juga menyatakan bahawa dalam setiap perancangan kita, takdir yang telah ditetapkan oleh Allah S.W.T tetap yang terbaik.
Dapat dilihat yang Aisar telah membayar secara tunai motosikal baharu yang akan dihadiahkan kepada rider itu.
Menjengah ke ruangan komen, ramai yang mengucapkan terima kasih kepada influencer berkenaan kerana bermurah hati membantu orang lain yang memerlukan.
Mereka juga meluahkan rasa syukur atas hikmah di sebalik ujian yang menimpa termasuklah mendoakan Aisar serta rider berkenaan agar terus dimurahkan rezeki.
Terdahulu, video seorang rider berjalan kaki dengan membawa beg penghantar makanan telah menjadi bualan ramai di media sosial.

Difahamkan, motosikal rider itu telah disita kerana dia tidak mempunyai lesen memandu dan beberapa lagi kesalahan yang agak besar sehingga boleh memudaratkan pengguna jalan raya yang lain.
Namun, ramai yang berasa sebak serta beranggapan mungkin dia merupakan golongan tidak berkemampuan serta itu sahaja mata pencariannya untuk mendapat rezeki buat keluarga.
Kredit : OMM/FB
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.