Kuala Lumpur – Komen Nabila Huda pada ruang komen akaun Instagram hiburan yang memaparkan luahan Nad Zainal mengenai isu bermasam muka dengan segelintir rakan industri hari ini seolah-olah memberi bayangan tersirat mengenai apa yang berlaku.
Nabila dan Nad diketahui umum merupakan rakan rapat sebelum hubungan mereka itu dikatakan menjadi renggang secara tiba-tiba.
Tindakan Nabila yang mempersoalkan siapa Nad pada ruang komen itu dilihat ibarat sindiran pedas yang dilemparkan terhadap aktres terbabit.
Komen Dari Nabila Dan Reaksi Ramai
“Maaf tanya. Siapa ini? Pelakon ke,” soal Nabila.

Nad yang ditemu bual sebelum itu menjawab dia enggan mengambil pusing isu yang terpalit dengannya.
Bagi Nad, dia sebaliknya ingin memberi fokus kepada kehidupan berumah tangga yang baru dibina.
Saya tak ada nak bermasam-masam muka. Kita masing-masing dah dewasa. Saya nak uruskan kehidupan saya. Dan untuk peminat yang beria-ia mendoakan walaupun saya sudah sihat walafiat, itu yang saya nak fokus.
“Untuk yang rasa macam saya hilang dari radar, saya tak nak fikir. Siapa ada, ada tak ada sudah,” katanya dalam wawancara bersama officialhlive.
Spekulasi bermasam muka itu mula bertebaran selepas aktres berkenaan pulih daripada masalah kesihatan membimbangkan dan kemudian berkahwin kali kedua.
Nad dimasukkan ke Hospital Pakar KPJ Ampang Puteri akibat jangkitan kuman pada paru-paru pada Nov tahun lalu.
Susulan keadaannya tahap kesihatannya itu, rakan artis dan peminat melancarkan Tabung Kecemasan Nad Zainal bagi membantu keluarganya menampung kos rawatan di hospital.
Selepas pulih, Nad kemudian mendirikan rumah tangga dengan Ungku Ismail pada 23 Januari lalu. Pasangan itu sedang menanti cahaya mata.
Terdahulu, pengacara dan pelakon Sherry Alhadad juga tampil menjawab soal isu bermasam muka dengan Nad, 33.
Katanya, hubungan dengan pelakon Bukan Bidadari itu tidak akan terlerai walau apa pun yang berlaku.
Menurut Sherry, Nad sudah dianggap seperti adik kandung sendiri.

Tak akan terputus persahabatan, sebab saya kenal dia sejak dia 17 tahun. Pada saya, tali silaturrahim itu masih ada.
“Saya juga anggap kami masih berkawan dan anggap dia seperti adik selain pernah jadi guru dia dulu,” katanya yang kali terakhir menghubungi aktres terbabit sebelum dia berkahwin.
Kredit : MK/IG
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.