Kuala Lumpur – Tular di media sosial sejak semalam video memaparkan seorang influencer terkenal TikTok solat subuh berjemaah bersama isteri sambil diiringi air mata.
Difahamkan, video dirakam beberapa jam sebelum dia bernikah dengan isteri kedua.
Lelaki itu menjelaskan perkahwinan kedua tersebut mendapat restu daripada isteri pertama.
Tiga jam sebelum saya melangsungkan pernikahan yang kedua. Saya dan isteri pertama solat subuh sama-sama sambil diiringi air mata.

Mungkin ramai yang kahwin tanpa pengetahuan isteri pertama, tapi saya tidak. Saya tidak akan membelakangi isteri saya.
Isteri saya reda dan sangat-sangat menjaga aib dan maruah suami dia. Tipulah kalau dia tidak sedih, tapi saya ambil masa untuk pujuk hati dia tentang hasrat saya.
Reaksi Nabila Huda
Namun begitu, orang ramai meluahkan rasa kurang selesa apabila momen peribadi seperti itu dirakam dan dimuat naik ke media sosial.
Apatah lagi apabila isteri pertama dilihat menangis teresak-esak di dalam pelukan suaminya. Antara selebriti yang bersuara adalah pelakon Nabila Huda dan Shila Amzah.

Menurut Shila, jika benar suami menyayangi isteri pertama dia tak akan tergamak untuk berkahwin lain.
Malah, video kononnya untuk menunjukkan penghargaan terhadap pengorbanan isteri tak sepatutnya wujud apabila si suami mengambil keputusan menduakan kesetiaan isterinya.
Kredit : OM/FB
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.