Kuala Lumpur – Sejak bercerai pada 14 Jun lalu, Puteri Sarah dilihat gembira meneruskan kehidupan seperti biasa bersama dua anaknya, Syaikhul dan Sumayyah.
Sekadar info, pada 25 Mei lalu, Mahkamah Rendah Syariah di sini dimaklumkan tiada ruang untuk Syamsul dan Puteri Sarah untuk berdamai dalam kemelut rumah tangga mereka.
Ini kerana Jawatankuasa Pendamai yang telah dibentangkan di mahkamah mengesahkan berlaku shiqaq perbalahan yang berpanjangan pada pasangan itu dan kewujudan pihak ketiga.
Perangai Merapu
Baru-baru ini, Puteri Sarah dilihat ada memuat naik video di Instagram melakonkan perangai mak-mak ketika sarapan pagi di hotel yang tidak habis di makan.
Menerusi video itu, kelihatan Sarah menunjukkan cara mak-mak membungkus makanan di hotel kerana anak-anak tidak dapat menghabiskan makanan mereka.
Perangai mak-mak bila makan buffet tak habis. Siapa perangai dia macam ni. Siap ada tangan kecil tolong kat tepi tu, tulisnya.
Perkongsian Puteri Sarah itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang mengakui mereka turut melakukan perkara sama ketika makan di hotel.
Malah, ibu mentua Puteri Sarah iaitu Datin Patimah turut meninggalkan komen mengaku pernah melakukan perbuatan tersebut.

Dalam pada itu, ada netizen yang kurang senang atau mungkin panas hati dengan perkongsian Puteri Sarah itu serta mengatakan sejak bercerai perangai pelakon itu dikatakan semakin mengarut.
Kredit : RK/IG
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.