Kuala Lumpur – Pelakon Diana Danielle mencuri perhatian warga maya apabila dia dilihat cantik bergaya ketika menghadiri Festival Good Vibes yang diadakan di Sepang International Circuit pada Jumaat lalu.

Diana turut berkongsikan momen tersebut di hantaran Instagram miliknya untuk tatapan peminat.

Menerusi perkongsiannya di Instagram, dia dilihat sedang menikmati waktu bersendiri tanpa kelibat anak-anaknya di sisi.

“Good while it lasted,” tulisnya di kapsyen.

Meninjau di ruangan komen, terdapat individu yang mempersoalkan mengenai penjagaan anak-anaknya.

Siapa Jaga Anak?

Gara-gara tidak nampak kehadiran anak-anak Diana di sisi, seorang individu tampil bertanyakan pelakon filem Imaginur itu tentang keberadaan Muhammad dan Aurora.

“Anak-anak siapa jaga dear?,” ujar individu tersebut.

Tidak berdiam diri, Diana membalas dengan bertanyakan semula niatnya bertanya soalan itu.

“Why is this your concern?,” balasnya.

Komen tersebut kemudiannya mendapat reaksi orang ramai dengan menyatakan soalan individu tersebut tidak sepatutnya diajukan.

“Soalan kau? Penyibuknya.

“Busy body sungguh. Konon-konon concern la tu nak dear-dear bagai.

“Anak siapa jaga? Parents also need some me time, yang kau sibuk tu kenapa?,” komen netizen.

Kredit : BN/TV3

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

By admin

error: Content is protected !!