Kuala Lumpur – Persembahan aktres Liyana Jasmay yang menyanyikan lagunya Aku Tak Percaya Cinta ketika pelancaran sebuah produk kerusi urut baru-baru ini mendapat perhatian ramai.

Video nyanyian Liyana Jasmay di atas pentas di sebuah pusat membeli belah tular selepas ia dimuat naik oleh seorang pengguna di TikTok.

Aktres berusia 35 tahun yang memakai pakaian berwarna pink itu dilihat cuba berinteraksi dengan penonton namun sahutan nyanyiannya tidak berapa mendapat sambutan.

Sekadar info, Liyana binti Jasmay ialah seorang pelakon, penyanyi, penerbit, pengarah dan usahawan wanita Malaysia. Beliau mula bergiat aktif dalam bidang lakonan sejak 1997 dengan membuat kemunculan sulungnya dengan membawakan peranan kecil menerusi drama Si Lembik arahan Aznil Nawawi.

Liyana telah meraih pelbagai anugerah dan pencalonan dalam bahagian televisyen dan filem termasuk Festival Filem Malaysia, Anugerah Skrin, Anugerah Shout, dua pencalonan Anugerah Bintang Popular Berita Harian bagi Pelakon Filem Wanita Popular dan lain-lain.

Lama Tak Nyanyi Kut – Netizen

Nyanyian Liyana Jasmay itu mendapat kritikan hebat ramai pengguna TikTok yang lain di mana rata-ratanya melabel suaranya sama seperti jika berkaraoke di bilik mandi.

Ada yang turut memerli Liyana menyanyi seperti berdialog dan menyamakan pensembahannya dengan kanak-kanak tadika.

Kredit : BN/IG

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

By admin

error: Content is protected !!