Kuala Lumpur – Vokalis kumpulan Hujan, Noh Salleh mendedahkan perpisahan dengan bekas isterinya yang juga penyanyi, usahawan dan aktivis kemanusiaan, Mizz Nina adalah satu tempoh sukar.
Noh atau nama sebenarnya, Muhammad Noh Salleh, 38, diminta mengulas lima lagu Indonesia yang menjadi kegemarannya dalam satu temubual di laman Instagram portal dari Indonesia.
Menurutnya dalam perkongsian itu, antara lagu yang diminatinya berjudul Manusia oleh David Bayu.
Pendedahan Dari Noh

“Lagu manusia adalah satu cerminan terhadap diri saya kerana sejak enam bulan berpisah dengan Mizz Nina, saya menempuh kehidupan sukar,” katanya.
Dalam pada itu, Noh turut berkongsi dia dan bekas isterinya berebut hak penjagaan anak angkat bernama Musa.
“Saya bercerai dengan isteri, kemudian berebut anak, dan lagu Manusia seolah-olah kena dengan diri saya yang sedang melalui detik sukar dalam hidup,” katanya.
Penyanyi berasal dari Sarawak ini tidak pernah membuka mulut mengenai isu perceraiannya.
Dalam pada itu, Noh difahamkan sudah bertunang dengan wanita pilihannya dikenali sebagai Fatin Athira Mustapa, 30, pemegang Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang, Universiti Teknologi MARA Shah Alam, Selangor.
Difahamkan juga Noh dan Fatin Athira dijangka diijabkabulkan pada 23 September.
Sementara itu, Mizz Nina pula kini sudah mempunyai pasangan baharu bersama penyanyi rap dan penulis lirik dari Seattle, Amerika Syarikat berketurunan Maghribi, Essam Muhammad.

Bagaimanapun, pengumuman perkahwinan dibuat bulan lalu menerusi hantaran dalam IG, malah tidak mendedahkan tarikh pernikahan dan memilih untuk mengadakan majlis secara tertutup.
Noh mendirikan rumah tangga dengan Mizz Nina pada 2 Julai 2011, tetapi bercerai pada Ogos tahun lalu.
Kredit : HM/IG
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.