Daripada apa yang bermula sebagai gurauan untuk memakai baju Shell sekiranya mendapat lebih 6,000 retweet, seorang remaja di Twitter @amirfufu menjadi tular selepas dia dirakam menaiki pentas untuk mengambil keputusan SPM miliknya pada semalam dengan memakai baju syarikat minyak tersebut.

Selepas kiriman video bersama kapsyen ‘saya nak claim sponsorhip Shell’ itu tular dan mendapat perhatian netizen, dia yang juga merupakan pekerja separuh masa di stesen minyak syarikat itu turut mendapat perhatian dari ‘big boss Shell’.

Malah, pengurusnya sempat berpesan agar dia turut membawa kedua ibu-bapanya bagi berjumpa dengan ‘big boss’ tempat dia bekerja.

‘Big boss’ beliau, Shairan Huzani yang sebelum ini terkenal dengan gelaran Pak Cik Shell di Instagram kemudiannya memuatnaik pertemuan mereka itu di laman Instagram miliknya.

Pagi ni pergi jumpa adik Amir. dia femes semalam amik spm results pakai baju shell 😊. dia nk buat accountancy. pakcik harap dia terus berusaha dan lebih berjaya. tukar cita2 jadi realiti. 6 heroes @pakcikshell kat stesen ni kebetulan spm batch sama. alhamdulillah semuanya results chomel ☺️ 🇲🇾 we are proudly run by dedicated Malaysians for our beloved Malaysians 🇲🇾

Menurut Siakap Keli, remaja tersebut Amir bukan sahaja diberi hadiah berupa beg dan jam tangan G-Shock seperti yang dikongsikan dalam gambarnya, malah dia juga turut diberi peluang untuk mengetahui pengajian berkaitan syarikat Shell.

Pengajian itu adalah untuk kumpulan kedua yang dihantar majikannya dan akan mengambil masa selama tiga tahun.

Selain Amir, Shairan juga sempat berjumpa dengan lima lagi pekerjanya yang turut mendapatkan keputusan SPM mereka pada semalam. Tahniah diucapkan kepada adik-adik yang baru sahaja mengambil keputusan mereka pada semalam.

SiakapKeli,TheVocket

By admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!