Kuala Lumpur – Beauty with brains. Demikian perkataan yang diungkapkan buat pelakon, Fathia Latiff.

Lama menyepi rupanya aktres jelita berbakat besar ini sedang bekerja di sebuah firma guaman.

Berkongsi sekeping foto di laman sosial Instagram, pelakon drama Ariana Rose itu memaklumkan dirinya kini secara rasmi menjadi pengamal undang-undang.

“Officially a legal practitioner,” titipnya.

Foto yang dimuat naik memaparkan beliau bersama fail kes di bilik pejabat.

Sejak Jun lalu, beliau berkongsi beberapa hantaran bahawa sedang bekerja di firma berkenaan.

Fathia menamatkan pengajian beliau dalam bidang Undang-Undang di Universiti Teknologi Mara UiTM Shah Alam pada Disember 2014.

Bagaimanapun, beliau yang berkata kepada sebuah portal hiburan pada ketika itu tidak bercadang untuk meneruskan chambering.

Tidak hanya mempunyai rupa paras yang cantik, Fathia juga mempunyai keluarga yang mempunyai latar belakang pendidikan hebat.

Meniti usia 35 tahun, anak kepada Abdul Latiff Tahir dan Badriyah Hassan ini bertuah memiliki adik-beradik yang memiliki latar belakang pendidikan hebat.

Adiknya, Nur Fasiha merupakan seorang doktor manakala Nur Farhana juga pengamal undang-undang.

Terdahulu, Fathia merangkul Pelakon Wanita Pilihan Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2014 dan Pelakon Filem Wanita Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian ABPBH ke 29.

Tidak hanya itu, Fathia turut memiliki jenama tudung sendiri iaitu Manis by Fathia Latiff.

Kredit : Sinar/IG

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

By admin

error: Content is protected !!