Kuala Lumpur – Zainurul Razia Mohd Zainuddin atau lebih dikenali sebagao Zara Zya merupakan seorang pelakon, penyanyi, dan pengacara yang terkenal di Malaysia.
Wajahnya sering menghiasi di kaca televisyen menerusi drama-drama lakonannya yang menyentuh hati dan menjiwai watak.
Zara Zya lebih dikenali ramai selepas beberapa dramanya yang menjadi tontonan ramai sehingga menjadi bualan di Malaysia seperti Love You Mr Arrogant yang digandingkan bersama Azlee Khairi.
Sekadar info, memulakan kerjayanya pada tahun 2002 kini Zara Zya telah memperolehi pelbagai anugerah yang dimenanginya seperti artis baru meleTOP, artis baru wanita popular, pelakon wanita terbaik, pelakon wanita terbaik drama rantaian dan lain-lain.

Tarik Perhatian Ramai
Menerusi Tiktok, Zara Zya memuat naik satu video menunjukkan dirinya sedang catwalk sambil memperagakan busana, tudung serta sarung tangan dengan warna yang sama.
Video berkenaan kini meraih jumlah tontonan sebanyak 126 ribu, tanda suka sebanyak 11 ribu dan komen sebanyak 2 ratus.
Di dalam video berkenaan, memaparkan Zara Zya yang sedang berjalan dan memakai busana labuh berwarna hitam yang dipadankan dengan sarung tangan serta tudung warna yang sama telah menarik perhatian netizen.
Rata-rata peminatnya mengagumi bentuk badan Zara Zya yang dikatakan sebagai bodygoals atau idaman para wanita diluar sana.
Mereka juga menginginkan bentuk badan sebegitu dan mendapat semangat untuk memulakan senaman bagi mendapat badan sebegitu selepas melihat video tersebut.

Antara Reaksi Ramai
Santekknya badan dia weihhh bodygoals! aku nak badan camtu.
Baru aku tahu kita ada pinggang sebenarnya, kena diet balik ni.
Nak kurus macam ni jugak, tapi diet sehari esoknya aku bedal makan macam-macam dah hahaha.
Apa-apa pun, bentuk badan Zara Zya sememangnya menjadi idaman setiap wanita namun semuanya akan kelihatan cantik sekiranya kita berusaha bersenam dan menjaga pemakanan untuk mendapatkannya.
Kredit : Murai/IG
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.