Kuala Lumpur – Pelakon dan penyanyi, Diana Danielle memohon maaf sekiranya tindakan dia menjalani kehidupan harian dengan melakukan pelbagai aktiviti dianggap melanggar tempoh edah selepas bercerai.
Diana, 32, berkata, dia memohon maaf dan akan memperbaiki kesilapannya.
Bukan selalu saya melalui perkara ini. Jadi, mungkin saya ada tersilap langkah dan saya minta maaf.
Saya pun tak sedar, kadang-kadang, benda itu adalah satu benda yang sensitif kepada orang.
“Saya terima teguran dan saya akan perbaiki kesilapan saya,” katanya.

Saya Minta Maaf
DItanya sama ada dia kini didekati mana-mana lelaki yang mungkin akan menjadi jodoh baharunya, Diana berkata, dia tidak suka berbicara mengenai perkara itu.
Saya tak terlalu fokus kepada perkara itu cinta baharu. Saya tak suka berbicara mengenainya sebab kalau saya mula, ia akan bermula semula. Saya pun sudah bertukar status.
“Jadi, kalau saya layankan soalan begitu, nanti akan ada lagi soalan yang lain mengenainya,” katanya.
Ditanya mengenai khabar angin yang mengaitkan namanya dengan kerabat diraja, Diana berkata, khabar itu bukanlah perkara baharu, sebaliknya pernah menjadi khabar angin sejak sekian lama.
“Kerabat mana? Ketika saya masih bujang dulu dan sebelum berkahwin pun, macam-macam timbul. Jadi, saya hanya berseronok dengan khabar-khabar itu. Anda boleh berseronok, dan saya pun sama,” katanya.

Diana mendirikan rumah tangga dengan bekas suami yang juga pelakon, Farid Kamil pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata.
Perkahwinan mereka berakhir selepas sah bercerai talak satu pada 10 Ogos lalu.
Kredit : HM/IG
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.