Kuala Lumpur – Penyanyi Aina Abdul sentiasa terbuka menerima teguran dan kritikan pelbagai pihak terhadap penampilan gayanya yang pelik dan unik setiap kali muncul di acara hiburan.
Terbaharu, Aina atau nama sebenarnya Nurul Aina Abdul Ghani, sekali lagi dikritik hebat gara-gara penampilannya yang dikatakan agak berlebihan ketika muncul di acara karpet merah Anugerah Bintang Popular ke 35 ABPBH35 di Istana Budaya baru-baru ini.
Selalunya saya jarang sekali luah isi hati. Tapi hari ini saya terpanggil nak tulis sesuatu. Ya benar saya ada melihat dan membaca teguran tersebut.

Saya Renungkan Setiap Teguran
“Saya baca semua dan telitikan perkara itu. Saya renungkan setiap teguran yang masuk,” katanya menerusi satu hantaran di Instagram Story miliknya.
Tidak pernah melatah dengan setiap kritikan diterima, penyanyi lagu Terus Hidup itu mengucapkan terima kasih dan menghargai setiap sokongan dan teguran membina terhadap dirinya.
Terima kasih kepada semua yang ambil berat, menegur untuk kebaikan, meninggalkan mesej yang baik dan membina. Saya sangat hargai. Alhamdulillah.

“Saya akan cuba yang lebih baik selepas ini okay,” katanya.
Kredit : SH/IG
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.