Petaling Jaya – Penyanyi dangdut kontroversi, Baby Shima bakal bertanding sebagai calon Bebas bagi Pilihan Raya Negeri PRN yang bakal berlangsung pada 12 Ogos depan.

Baby Shima mengumumkan berita itu menerusi hantaran yang dimuat naik dalam laman Instagram bagaimanapun tidak mendedahkan Dewan Undangan Negeri dan negeri bakal bertanding.

Assalamualaikum rakyat Malaysia. Dengan ini, saya ingin mengumumkan akan bertanding PRN untuk berkhidmat dan membela rakyat.

“Ingat, kamu bawa perubahan. Fikir-fikirkanlah anak muda. Undi saya,” katanya dalam petikan video yang dimuat naik.

Tak Beritahu DUN Mana

Selain itu, Shima atau nama sebenarnya, Nor Ashima Ramli, 30, juga belum bersedia mendedah manifestonya.

Saya akan mengumumkan kawasan dan manifesto kemudian.

“Objektif saya menyertai politik untuk membela nasib rakyat agar beban dihadapi dapat diselesaikan,” katanya.

Pelakon Pantun Janda itu juga menjadikan artis yang pernah bertanding dalam pilihan raya sebagai inspirasi. Antaranya, Datuk Aishah, Datuk Dira Abu Zahar, Herman Tino, Azwan Ali, Ahmad Idham, Datuk Seri Eizlan Yusof dan Lando Zawawi pernah tampil sebagai calon bebas pilihan raya sebelum ini.

Ujar Shima lagi, dia mahu membantu rakyat, lebih lagi, golongan belia.

Sebelum ini, ramai artis lain terbabit dalam politik. Tujuannya mahu yang terbaik untuk rakyat.

Bagi saya, tidak salah jika mahu berbakti kepada masyarakat terutama sekali golongan muda.

Kalah atau menang, itu soal nombor dua. Tidak salah untuk saya mencuba perkara baik. Doakan saya, katanya.

Sementara itu, Shima juga tidak kisah jika ada yang tidak bersetuju dengan keputusannya untuk bertanding.

Saya tidak boleh halang jika ada yang mengecam. Niat saya cuma mahu membantu masyarakat.

“Saya yakin ada yang akan menyokong niat baik saya ini,” katanya.

Kredit : BH/IG

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

By admin

error: Content is protected !!