Kuala Lumpur – Dua bulan bergelar suami kepada pelakon Janna Nick, aktor Dini Schatzmann memberitahu sikap isterinya sangat berbeza ketika berada di rumah.
Kata Dini, 29, isterinya itu seorang yang pendiam tidak sama seperti yang dilihat oleh orang ramai.
Orang ramai lihat Janna happy go lucky, loud and energetic, tapi yang itu Janna Nick ketika dia bekerja.
Saya pula seorang introvert jadi bila berdepan dengan ramai orang mungkin saya lebih senyap berbanding Janna.
“Tapi dekat rumah sangat berbeza, Janna pendiam tapi saya yang sebaliknya, sampai Janna cakap saya perangai macam monyet,” katanya.

Aktor filem Malbatt Misi Bakara itu juga sempat mengulas mengenai perancangan cahaya mata.
Kami berdua memang nak sangat ada anak cuma kita hanya boleh rancang Allah yang menentukan.
Terdahulu, pelakon Dini Schatzmann dan isterinya, Janna Nick giat membuat persiapan untuk berpindah ke rumah baru hujung bulan ini.
Enggan berkongsi terlalu banyak mengenai perkara tersebut, pemilik nama lengkap Dini Azan Schatzmann, 28, hanya memberi bayangan lokasi rumahnya itu yang terletak di Kuala Lumpur.
Saya dan isteri bakal berpindah ke rumah baharu kami dalam bulan ini juga.
“Rumah baharu kami nanti terletak di sekitar Kuala Lumpur sahaja. Saya tak boleh beritahu lebih, kalau saya beritahu nanti kena marah pula dengan Janna,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.
Pada masa sama, pasangan tersebut giat mengumpul wang selepas banyak berbelanja untuk menampung kos rekaan hiasan kediaman baru mereka.
Duit banyak habis semasa kahwin dan untuk buat rekaan dalaman rumah baru.
Kredit : Mstar/IG
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.