Kuala Lumpur – Sebelum ini, penyanyi Masya Masyitah pernah mencetuskan kontroversi gara-gara cara berpakaian yang dianggap tak kena dengan imej bertudung.

Sering menjadi mangsa kritikan disebabkan fesyen muslimah disifatkan melampau, penyanyi muda Masya Masyitah berlapang dada dengan segala teguran umum.

Kata Masya atau nama sebenarnya, Siti Nurmasyitah Mohd. Yusoff, dia enggan memeningkan kepala dengan kritikan tidak berfaedah sedangkan dia sendiri yang mengetahui apa yang terbuku di hati terutama tentang pendirian dan imannya.

Saya bukan muslimah yang sempurna. Banyak lagi kekurangan dalam diri ini. Orang nak kutuk atau kritik, itu terpulang kepada mereka. Nasihat saya, lebih baik cermin diri terlebih dahulu sebelum bercakap buruk tentang orang lain.

“Saya sebenarnya, malas nak ambil tahu tentang pandangan khalayak tapi saya tahu, di luar saya ada yang berniat baik dan ada juga yang suka tengok kita jatuh,” katanya.

Terbaru, penyanyi itu dikatakan tampil dengan imej terbaru apabila memuat naik foto tidak bertudung.

Dalam satu hantaran Instagram, Masya dilihat bergambar di hadapan sebuah kereta dengan persalinan serba merah jambu.

Malah, rambutnya juga diwarnakan merah jambu membuatkan netizen terkejut. Foto profil Instagramnya juga menunjukkan dirinya tak berhijab.

Di ruangan komen, orang ramai meluahkan rasa sedih dengan perubahan penyanyi ini. Mereka mengkritik tindakan Masya yang dikatakan terlalu mengikut hawa nafsu.

Kredit : Kosmo/IG

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

By admin

error: Content is protected !!